
Sulit
3 tahun
Bacaan ca19.9 sy adalah 295.1
Bacaan ca19.9 sy adlh 295.1… should i be concerned?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Kami faham kebimbangan anda terhadap keputusan siasatan yang diperolehi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, tumor marker CA19.9 merupakan tumor marker yang digunakan untuk menyiasat individu yang disyaki mempunyai faktor risiko untuk kanser berikut:
- Kanser usus
- Kanser pankreas
- Kanser hati
- Kanser gastrik atau perut
Namun begitu, keputusan tersebut memerlukan sokongan daripada sejarah kesihatan penuh dan juga pemeriksaan fizikal oleh doktor. Kami sarankan anda untuk berhubung dan bercakap dengan doktor kami di atas talian untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut mengenai keputusan tersebut dan tindakan selanjutnya akan diberikan kepada anda.
Kami berharap jawapan kami membantu anda, terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.