Sulit
3 tahun
Bacaan darah sifilis
Hi Dr,
Saya telah menerima suntikan penicilin sebanyak 3 dos pertama pada 12 bulan yg lepas, bacaan darah vdrl sya dari 1:32 menurun kepada 1:16. kemudian, 6 bln lepas saya disuntik sekali lagi kerana bacaan kembali meningkat kpd 1:32. Soalan saya, mengapa keadaan ini berlaku ya? Sedangkan saya tidak melakukan aktiviti seks dgn sesiapa pun sedangkan saya dah menerima 6 dos suntikan (dlm 1 tahun ni) tetapi belum sembuh. Untuk sembuh bacaan darah berapa ya? Fyi, sy Plhiv dan UVL cuma sifilis ni saja yang merunsingkan saya sebab saya tak selesa bila diinject 3 dos kerana akan demam ringan dan lemah otot. Ada rawatan lain ke utk sifilis ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Kami faham kerungsingan anda berkenaan keputusan siasatan untuk sifilis. Namun begitu, kami tidak dapat memberikan maklumat dengan lebih terperinci berkenaan keputusan siasatan tersebut kerana lebih banyak maklumat yang diperlukan dan ia juga bergantung dengan status imuniti badan kerana ia juga boleh mempengaruhi keputusan tersebut.
Untuk makluman anda, sifilis doleh dirawat dengan menerima penicillin dan antibiotik yang berkenaan.
Cadangan kami adalah anda perlu menghubungi doktor anda dan berbincang dengannya mengenai keputusan tersebut.
Anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan yang lebih jelas mengenai keadaan anda dan keputusan siasatan sifilis tersebut bersama dengan doktor kami secara peribadi di atas talian. Terima kasih.