
Sulit
4 tahun
Bacaan Darah Terlalu Tinggi
Hi doc, ibu saya berumur 55tahun,sekarang 3/4hari ibu saya kena pergi check BP dekat farmasi/klinik yg bdekatan untuk amek BP ibu saya tetapi setiap kali amek bacaan mesti dalam 170 or 180,sangat tinggi.Apa seranan doc untuk ibu saya lakukan sebelum ibu saya kena makan ubat?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini DoctorOnCalluntuk bercakap dengan pihak kami.
Darah tinggi yang disebabkan oleh faktor-faktor ini boleh dicegah melalui gaya hidup yang sihat. Pertama sekali, makan secara sihat. Kurangkan pengambilan lemak tepu, lemak trans, gula dan garam. Tingkatkan pengambilan serat. Seterusnya, lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari, 5 kali seminggu ataupun aktiviti yang berintensiti tinggi 20 minit 3 kali seminggu, seperti berjalan laju, berbasikal, dan berenang.
Ibu anda juga harus mengekalkan berat badan yang ideal. Obesiti boleh meningkatkan risiko darah tinggi dan komplikasi lain. Penurunan berat badan yang disyorkan pada peringkat permulaan adalah sebanyak 10% daripada berat badan asal dalam tempoh 6 bulan. Bukan itu sahaja, sekiranya merokok, boleh berhenti dengan kaedah-kaedah seperti terapi gantian nikotin, dapatkan sokongan dan menjauhkan diri dari tempat orang merokok. Selain itu, tangani stres, dapatkan tidur yang cukup, dan buat pemeriksaan perubatan secara berkala. Pastikan paras gula darah, kolesterol dan tekanan darah tinggi terkawal.
Sekiranya darah tinggi disebabkan oleh obesiti, tekanan darah boleh dikawal melalui kawalan pemakanan dan senaman secara berkala. Jika darah tinggi disebabkan oleh penyakit lain, doktor akan memberi rawatan yang sepatutnya dan tekanan darah akan turun semula.
Sila klik pada link ini DoctorOnCall untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.