
Sulit
3 tahun
Bacaan esr melebihi julat
Saya seorang perempuan berumur 19 tahun. Mengalami senggugut yang teruk sejak berumur 16 tahun dan dirujuk kepada pakar sakit puan pada umur 18 tahun. Sebanyak 3 kali scan dilakukan dan rahim saya normal. Doktor sarankan saya makan ubat oralcon selama 6 bulan dari bulan December 2020. Saya lakukan ujian darah di klinik swasta dan result darah saya untuk esr adalah 32. Pada ketika itu saya sedang mengambil ubat oralcon dan sudah tidak period selama 3 bulan. Doktor tersebut menyarankan saya untuk berhenti makan ubat oralcon tersebut kerana ubat itu tidak sesuai dengan umur saya. Saya tertanya tanya, bolehkah doktor jelaskan mengapa doktor di pakar sakit puan menyarankan saya makan ubat oralcon itu dan mengapa doktor di klinik swasta itu menyarankan saya untuk berhenti mengambilnya? Dan berkenaan result esr saya, mengapa dan apakah kemungkinan masalah yang saya hadapi? Saya agak keliru. Appointment di pakar sakit puan terlalu lambat iaitu pada hujung tahun 2021. Terimakasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kebimbangan dan kemusykilan anda mengenai keputusan siasatan anda yang melebihi paras yang normal. Jangan risau, kami akan membantu anda.
ESR atau eythrocyte sedimentation rate merupakan antara siasatan darah yang dilakukan sekiranya doktor mengesyaki terdapat masalah keradangan. Antara keadaan yang menyebabkan bacaan ESR meningkat adalah:
- Jangkitan
- Artritis reumatoid (rheumatoid arthritis)
- Demam reumatik (rheumatic fever)
- Kanser
Tetapi, bacaan ESR perlulah disokong dengan pengambilan riwayat kesihatan dan pemeriksaan fizikal yang mendalam untuk mengetahui punca sebenar mengapakah bacaan ESR meningkat.
Ubat yang diambil oleh anda merupakan ubat kontraseptif (perancang keluarga). Ia digunakan untuk mengelakkan kehamilan. Terdapat pelbagai sebab mengapa doktor menyarankan seseorang untuk berhenti mengambil pil perancang, antaranya:
- Kehamila
- Kesan sampingan
- Risiko untuk mendapat kanser payudara
Kami sarankan untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda dengan lebih lanjut.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.