Sulit
3 tahun
Bacaan gula 5.6 adakah normal?
Saya ada check gula, bacaan 5.6 adakah normal atau dikategori dlm borderline? apa yg perlu saya lakukan sekiranya ianya termasuk dalam borderline?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, bacaan gula di dalam darah bergantung sama ada anda mengambilnya secara rawak (random) ataupun semasa berpuasa. Bacaan dan julatnya juga berbeza.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai persoalan anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dilakukan terhadap anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.