Sulit
3 tahun
Bacaan gula dalam darah meningkat
Hi doktor… saya nak tanya. Menu tengah hari saya tadi setengah pinggan beras perang,ulam (bayam brazil), ayam bakar, dan sambal belacan. Saya cuba ambil bacaan gula dalam darah saya, tapi bacaan menunjukkan angka 8.5mmol… terkejut saya… sedangkan semalam… saya lunch makan roti wholemeal 2keping dan telur gorenf, bacaan gula tidak smpai angka 6mmol pun… kenapa macam tu ye… bukan beras perang ni boleh makan lebih sikit ke dari beras putih?
3 tahun
Hai, terima kasih kerana berhubung dengan kami untuk bertanyakan persoalan yang berlegar di fikiran anda. Saya akan cuba bantu anda untuk memahami rawatan yang ada untuk pesakit kencing manis atau diabetes.
Beras perang dan beras putih mengandungi gula yang sama. Anda diminta untuk mengambil makanan yang sihat dan mengikut piramid makanan. Banyakkan sayuran dan buah dalam diet anda.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal
Berikut merupakan antara rawatan bagi penyakit kencing manis :
- Mengubah gaya hidup : pesakit digalakkan untuk mengurangkan berat badan, melakukan senaman sekurang kurangnya 30 minit sehari dan tiga hari seminggu, makan makanan yang lebih berkhasiat termasuklah sayuran, buah buahan dan makanan rendah gula dan karbohidrat.
- Metformin : merupakan ubat utama yang diberikan setelah pesakit disahkan menghidap diabetes. Ubat ini akan mengurangkan penghasilan gula dalam hati dan meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan
- Sulfonylurea : ubat ini digunakan untuk meningkatkan kadar insulin dalam badan manusia. * Thiazolidinediones : meningkatkan sensitiviti insulin dalam badan.
- DPP4-Inhibitor : mengurangkan kadar gula dalam darah.
- Insulin : injeksi insulin untuk meningkatkan kadar insulin dalam badan.
Penyakit kencing manis memerlukan rawatan yang spesifik untuk setiap pesakit dan memerlukan pengawasan daripada doktor. Anda boleh berhubung dengan kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi secara peribadi dengan Pakar. Terima kasih.