im.yours09
4 tahun
Bacaan gula darah tinggi
Elow doc. Sya mau tanya tentang paras gula saya. Keputusan ujian darah puasa semalaman adalah 6.3. doc sarankan ambil ujian ogtt. Dan sblm ambil waktu puasa 6.3 lepas 2 jam keputusan 11.2. adakah sya ada dibetis doc. Kalau ada apa patut yg sya lakukan memandangkan ini pertama kali sya di dapatti ada diabetis. Terima kasih doc
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kebiasaannya selepas anda didiagnos kencing manis, doktor akan memberi rawatan kepada anda. Pihak kami tidak boleh memberi rawatan kepada anda kerana kami tidak boleh memberi diagnosis berdasarkan keputusan ujian tersebut.
Namun, anda disarankan:
- mengamalkan pemakanan yang sihat seperti suku, suku, separuh iaitu suku nasi, suku lauk, separuh sayur
- Bersenam
- kurangkan makanan bergula
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.