
Sulit
4 tahun
Bacaan gula tinggi selepas pembedahan
Salam Doctor…saya ada persoalan…saya ada buat pembedahan minggu lepas untuk buang ketulan lemak di bawah kulit…tapi selepas pmbedahan tu gula sy naik mendadak…adakah disebabkan ubat antibotik yg dibekalkn tu? Sbb sblm ni sy x de sejarah diabetis lagi…sebelum pembedahan, ujian HbA1c sy pun normal,ujian kandungan gula sy kerap buat…sebulan sekali tetapi semuanya nrmal sblm ni. Adakah stress menjadi punca bacaan gula naik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kencing manis.
Dapatkan kesihatan yang berpanjangan, hindari kencing manis dari awal !
Untuk makluman anda, kencing manis selepas pembedahan memang boleh berlaku dan ianya disebabkan oleh:
- Kesan ubat bius
- Badan yang stres ketika pembedahan
- Hormon catecholamines meningkat
- Kurang pergerakan selepas pembedahan
Hal ini biasanya sementara sahaja dan akan beransur pulih. Sekiranya ia berlanjutan, sila berjumpa dengan doktor di klinik untuk pemeriksaan dan rawatan susulan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.