
Sulit
3 tahun
Bacaan hati pada pathology report sy
total bilirubin 11
GGT 77
AST 51
ALT 91
SOALAN SAYA ADAKAH IA BERBAHAYA BUAT MASA INI ATAU TERLALU TINGGI

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, had normal bagi bacaan ujian fungsi hati (Liver function test) adalah seperti berikut :
Total Bilirubin : <17 umol/L
AST : 0-40 IU/L
ALT : 0-53 IU/L
GGT : <73 IU/L
Mengikut maklumat yang diberikan oleh anda, keputusan ujian anda adalah dalam had normal, kecuali GGT dan ALT. Namun, ia tidak berapa tinggi dan biasanya tidak perlu dirisaukan, tetapi kami sarankan anda untuk merujuk keputusan ujian ini kepada doktor untuk mendapatkan kepastian dan nasihat yang lanjut.
Anda boleh menghubungi kami untuk mengenai perkara ini supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.