
Sulit
3 tahun
Bacaan lymphocytes rendah
Hi doc… Saya ada buat blood test… Dan kadar bacaan lymphocytes(%) saya rendah iaitu 17.8… Saya tengok normal antara 20-40%…adakah sy mengalami masalah lesihatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. lymphocte merupakan sel darah putih yang secara amnya berfungsi dalam melawan jangkitan bagi memberi perlindungan kepada tubuh.
Namun begitu, untuk makluman pihak anda, keputusan ujian darah adalah komponen yang membantu para doktor untuk membuat kesimpulan. Namun, aspek yang lebih penting adalah sejarah kesihatan serta maklumat gejala yang dialami oleh pesakit.
Hanya dengan ujian darah ianya tidak mencukupi dan tidak boleh diambil secara terus dalam membuat diagnosis. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.