
fairosbin
5 tahun
Bacaan paras gula utk pesakit kencing manis
Bacaan gula normal selepas makan? Bacaan gula normal berpuasa? Saya pesakit kencing manis.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Secara amnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 11 mmol/L 2 jam tepat selepas makan. Alternatifnya, paras gula dalam darah anda tidak harus melebihi 7 mmol/L selepas 8 jam berpuasa. Oleh itu, anda tidak mempunyai kencing manis buat masa sekarang. Namun demikian, jika paras gula anda adalah melebihi 7.8 mmol/L tepat 2 jam selepas makan, atau melebihi 5.6 mmol/L selepas 8 jam berpuasa, maka anda telah menghidap sejenis kondisi yang dikenali sebagai impaired glucose tolerance atau impaired fasting glucose. Kedua-dua kondisi ini boleh meningkatkan risiko untuk menghidap kencing manis.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih