
Sulit
4 tahun
Bacaan tahap kreatinin 205, adakah ia bahaya? Apakah cara untuk menormalkan bacaan tahap kreatinin tersebut?
Salam sejahtera Dr, ibu sy telah menjalani pemeriksaan dan didapati tahap kreatinin dalam badan beliau ialah 205. Pada tahap ini, Dr telah membekalkan beliau dengan ubat Spironolactone 25mg. Apakah cara lain yg boleh dilakukan untuk memastikan tahap kreatinin ini kembali normal atau mampu untuk mengurangkannya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Umumnya, masyarakat perlu tahu bahawa gaya hidup sihat, suplemen dan makanan tambahan hanyalah perangsang yang tidak boleh dijadikan alternatif kepada kaedah pengubatan kontemporari yang disediakan oleh pihak kesihatan di hospital dan klinik.
Tambahan lagi setiap saranan doktor lazimnya berdasarkan kondisi kesihatan anda secara khusus, kerana setiap orang mempunyai keadaan & kondisi kesihatan yang berbeza.
Walau bagaimanapun, antara usaha lain yang ibu anda boleh laksanakan disamping rawatan yang telah jadualkan adalah
- Hindari atau kurangi pengambil makanan yang tinggi kandungan kreatinin
- daging merah
- produk tenusu
- ikan salmon & herring
- Makan lebih banyak serat
- Sentiasa memastikan tubuh anda terhidrat
- Kurangkan pengambilan garam
- Hindari penggunaan ubat-ubatan
- NSAID yang berlebihan
- ubat atau suplemen tanpa pengetahuan doktor
- Hindari tabiat merokok atau asap rokok
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.