
azidaazmi28
5 tahun
Bacaan tekanan darah tinggi saya
saya wanita, 20 tahun, semalam buat semakan tekanan darah tinggi di mana, systolic 150, diastolic 115 dan pulse 122, boleh doctor terangkan? dan kebelakangan ini, hujung ibu jari saya kerap rasa sakit macam dicucuk. ada kena mengena ke?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Bacaan tekanan darah memerlukan bacaan berulang kali bagi mendiagnos penyakit tekanan darah tinggi. Bacaan tinggi pada sekali bacaan boleh disebabkan gementar, kepenatan mahupun kesan kafein. Manakala sensasi terasa seperti dicucuk pada hujung jari anda boleh disebabkan:
- Kurang vitamin B6 dan B12
- Tekanan pada saraf disiku atau pergelangan tangan
- Tidak cukup sel darah merah
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.