Sulit
6 tahun
Bacteri vaginosis 2 kali
Hi doc nak tanya apa yg terjadi jika wanita sudah terkena bacteri vaginosis sebanyak 2 kali selama 9 bulan?adakah effect berbahaya pada pesakit?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah vaginosis bakteria ini terjadi akibat ketidak seimbangan mikroflora pada kemaluan untuk menghalang dari jangkitan bakteria. Perkara ini boleh memberi kesan sekiranya membuat persetubuhan kerana tidak selesa atau menjangkiti pasangan (menyebabkan jangkitan saluran kencing) atau menyebabkan keradangan rahim jika jangkitan naik ke rahim. Bagi mengatasi masalah ini, anda boleh lakukan beberapa kaedah seperti:
- Krim antibakteria bagi jangkitan bakteria
- digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
- Jaga kebersihan kelamin
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































