
Sulit
4 tahun
Badan anak panas tapi suhu normal
Hi doktor,
Saya nak tanya kenapa badan anak saya (2 tahun) panas tp bila diperiksa guna thermometer, suhunya normal 36.5.dia tidak menunjukan simptom demam dan aktif seperti biasa.
Thanks

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh cuaca panas atau kekurangan minum air. Oleh kerana anak anda tidak demam, anda boleh menyuruh anak anda minum lebih air atau mengipaskan badannya serta mandi berkala.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.