
Sulit
4 tahun
Badan berlakang tumbuh jerawat halus dan bekas parut jerawat lame2
Assalamualaikum,saya berumur 27 tahun.,saya mengalami masalah jerawat badan berlakang sudah…macam mane untuk saya atasi doktor??

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan jerawat di badan. Antaranya ialah:
- bakteria dan penghasilan sebum (minyak) di pori-pori kulit yang berlebihan.
- salah penggunaan produk seperti body lotion, sabun mandi
- pakaian ketat
- makanan yang tidak sihat
- stress
- perubahan hormon dalam tubuh
below)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.