
Sulit
3 tahun
Badan gatal dan naik bintik2
Hi. Saya mengalami gatal2 di semua bahagian badan termasuk celah kelengkang dan mengakibatkan badan saya banyak bintik2 merah. Saya taktau apa puncanya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda, secara umum, terdapat beberapa sebab untuk berlakunya kegatalan di seluruh badan. Antaranya ialah;
- tindak balas terhadap alahan
- jerawat badan
- jangkitan kuman ataupun virus seperti (Shingles,kayap, demam campak)
- eczema
- ruam peluh
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca anda mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada anda untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah anda. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!