
Sulit
4 tahun
Badan goyang ketika berdiri lama
Assalam… Saya berumur 34thn… Masalah saya bila berdiri tegak rasa badan tak stabil Dan rasa nak pitam… Kepala rasa berat Dan tak selesai… Makan pun skrang kalo kunyah rasa sakit naik dari tengah mata ke kepala… rasa legs apa ila buang angin dan bereh at seketika… apa

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Saya dapat memahami bahawa anda sangat prihatin terhadap keadaan anda.
Terdapat beberapa punca yang boleh dikaitkan dengan pitam dan rasa tidak stabil. Antaranya ialah:
- Hipotensi
- Labyrinthitis - jangkitan telinga bahagian dalam boleh memberi kesan kepada pendengaran dan keseimbangan, dan boleh membawa kepada pitam.
- Migrain - pening dan pitam boleh berlaku sebelum atau selepas sakit kepala, atau tanpa sakit kepala
- Paras gula dalam darah rendah (hipoglisemia) - yang biasanya terjadi kepada orang yang menghidap diabetes dan mengambil ubat terutamanya insulin
- anemia
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.