Sulit
3 tahun
Badan lemah dan tangan kaki terasa kebas
Hai, nak tanya sy mengalami masalah bdan sentiasa lemah, tangan kaki selalu rasa kebas, pening kepala kadang-kadang muncul dan rasa mual, sentiasa juga lapar walaupun pun sudah makan, berpeluh dikepala ketika tidur. Mohon penerangan daripada doc apakah masalah sy ini.terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kebas pada bahagian anggota yang sering boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- Akibat saraf terjepit
- Penyakit autoimun
- Akibat penyakit hormon seperti tiroid
Memandangkan gejala ini boleh menganggu aktiviti harian anda, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.