
Anonymous
6 tahun
Badan lesu atau serangan sakit jantung
saya mengalami sakit dada dan jugak ketidakselesaan pada bahagian bahu dan belakng badan dan juga kadang2 kebas di bahagian tangan dan tapak tangan kiri. adakah ini simptom kepada gejala sakit jantung? saya wanita berumur lingkungan 29tahun. adakah possibility sakit jantung keatas diri saya

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Bagi mereka yang dalam usia muda, simptom seperti yang anda alami biasanya disebakan oleh masalah tulang, saraf atau otot. Ini biasanya disumbangkan oleh faktor postur badan yang tidak betul atau gaya hidup yang kurang sihat.
Masalah sakit jantung baisanya jarang berlaku kepada mereka yang berusia muda. Namun perkara ini tidak mustahil terutamanya bagi mereka yang mengamalkan kehidupan yang tidak aktif dan tidak menjaga pemakanan.
Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link di bawah untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagai memberikan maklumat lanjut sebelum doktor membuat kesimpulan dan memberi nasihat tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih
Risau tentang jantung anda? Konsult doktor kami secara PERCUMA!