
ain110191
5 tahun
Badan lesu dan hilang selera makan
Sy berusia 29 tahun sudah berkahwin dan mengalami masalah badan lesu, cepat penat, pening hmpir setiap hari, sy sudah berjumpa doc dan doc kate sy mghdpi kncing kotor dan sudah mndapt rawatan tp masalah sy berlarutan sehingga ke hari ni… dan hampir 2 minggu sy tidak berselera mkn, sakit di bahagian ari2… sy dah check upt tp negetif…mohon nasiht doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, konsultasi di platform ini adalah terhad berbanding dengan anda berjumpa dengan doktor.
Sekiranya anda masih mendapatkan rawatan yang diberikan oleh doktor, ini berkemungkinan ubat tersebut mengambil masa sebelum ia berkesan. Akan tetapi, sakit di bahagian ari-ari ini boleh disebabkan dari organ yang terdapat di kawasan tersebut. Antaranya:
Sistem saluran kencing- jangkitan saluran air kencing
Sistem pencernaan- radang usus, radang appendiks serta ketumbuhan pada usus\
Sistem reproduktif bagi wanita- masalah ovari, kehamilan luar rahim
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.