
Sulit
4 tahun
Badan lesu macam demam
Saya umur 22, sudah hari ke 9 Saya macam ni… sudah 2 kali Saya pergi klinik kesihatan kerajaan tpi Dr cakap yg blood test result Saya normal… disebabkan Saya tak ada simptom covid macam sakit tekat,susah bernafas… dr cakap Saya tidak perlu test covid. Sekarang Saya nak kerja pon susah dengan badan lemah macam ni… ubat yang doktor bagi pon dah habis… tpi still tiada kesan… badan Saya lesu macam demam. Kadang2 mata Saya panas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Terdapat beberapa punca yang boleh menyumbang kepada gejala yang anda sebutkan di dalam ruangan soalan:
- Anemia (kurang darah merah)
- Kurang rehat
- Demam viral (viral fever)
- Hipoglisemia (kurang gula di dalam darah)
Ini hanyalah keterangan am daripada pihak kami. Kami sarankan anda untuk berjumpa semula dengan doktor tersebut atau pergi ke klinik lain supaya pemeriksaan lanjut dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda mempunyai gejala ini:
- Demam
- Sakit kepala
- Pening kepala
- Pitam atau perasaan ingin pitam
- Hilang selera makan dan minum
- Berat turun secara mendadak
Anda juga boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami mengenai masalah anda secara peribadi di atas talian. Terima kasih.