Sulit
3 tahun
Badan menggigil, sakit2 dan melayang bila nak berdiri
Saya gadis berumur 20 tahun… bdn sy terasa lenguh2 dn sakit2 sejak mlm tdi… lps tu menggigil satu bdn dn akn rse melayang bila nk berdiri… knp ye tu doc ? Boleh tolong jelaskn ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda, badan yang lenguh sehingga menggigil diiringi dengan rasa sakit boleh disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya:
- keletihan tubuh yang berat (baca: extreme fatigue)
- tubuh kekurangan gula
- tubuh kekurangan air
- demam
- jangkitan virus
- jangkitan bakteria
Perasan yang melayang boleh berpunca dari kelainan diatas, namun tidak menutup kemungkinan berpunca dari suatu masalah yang berbeza seperti:
- Gangguan organ kestabilan tubuh
- Gangguan organ penglihatan
- Gangguan saluran darah tubuh
- Gangguan otot
Saya menasihatkan anda untuk segera ke klinik atau hospital yang berdekatan sekiranya gejala tidak beransur pulih. Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan.
Oleh yang demikian anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.