
Sulit
5 tahun
Badan naik ruam merah (urticaria)
Sy nak tanye badan naik ruam2 merah…sy ada masalah urticaria…sy jumpa dktr kulit 9/4 …selalu dktr bg enjet ok…lpz 2 bln naik balik merah2…ape yg perlu sy buat…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui.
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor anda kerana maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum punca masalah urticaria anda dapat diketahui.
Namun begitu, antara punca atau sebab yang boleh mengundang masalah ini adalah seperti
Makanan (kacang, makanan laut, telur dan sebagainya)
Sengatan atau gigitan haiwan dan serangga
Bulu haiwan seperti kucing dan anjing
Ubat-ubatan
Hama, bunga, habuk, pokok atau kayu, getah, pakaian
Kesilapan sewaktu proses menderma darah dan banyak lagi.
Amat disarankan untuk anda mengenalapsti sebab atau faktor urticaria anda dan mengelak dari punca tersebut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.