
Sulit
3 tahun
Badan panas disebabkan ubat
saya wanita berumur 31 tahun…say baru mendapatkan rawatan doktor disebabkan gusi saya bengkak.Doktor telah memberikan saya ubat surut bengkak dan juga antibiotik.Selepas makan ubat badan saya telah mendapat tindak balas seperti panas dalam badan.tetapi suhu badan saya normal.Rasa panas seperti bahang dalam badan pula berlaku di bahagian tertentu sahaja seperti belakang badan serta bahu.Boleh doktor terangkan sebab terjadi demikian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda telah mendapatkan rawatan gigi. Anda juga diberi ubat radang gusi dan antibiotik. Kini anda mengalami panas badan pada belakang serta bahu dan ingin mengetahui jika ia kesan sampingan ubat.
Untuk makluman anda, kesan sampingan antibiotik boleh terdiri daripada pelbagai perkara. Seperti demam, muntah, mual, tidak selesa pada perut atau sakit abdomen. Walapunbegitu, kesan sampingan yang paling merbahaya adalah alahan pada ubat. Beberapa ubat radang juga boleh mempunyai kesan sampingan yang sama.
Antara halangan kami untuk memberikan diagnosis adalah tiadanya perincian simptom, pemeriksaan fizikal serta keputusan dari ujian klinikal. Tanpa mengetahui nama ubat juga, kami tidak dapat memeberi kepastian sama ada gejala berikut adalah kesan sampingan ubat.
Bagi rawatan serta diagnosis lebih tepat, sila rujuk perkara ini kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.