
Sulit
5 tahun
Badan panas mengejut hmpir 1 bulan
Hai…saya lelaki…mumur 23 tahun…adakah normal apabila:
1.selepas minum air sejuk,dada akan berasa sejuk?
2.semasa minum air sejuk,tekak rasa sejuk…
3.badan berpeluh walaupun suhu bilik normal…
4.badan panas mgejut selama 3 minggu pada bahagian dada dn perut sahaja manakala kaki,tgn sejuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ia adalah normal untuk dada dan tekak anda sejuk setelah minum air sejuk. Sekiranya anda berpeluh dalam suhu bilik, anda mungkin menggunakan pakaian yang tebal atau baru lepas makan atau minum benda yang panas/pedas. Soalan keempat anda kurang jelas. Justeru, saya tidak dapat memberi kesimpulan.
Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Anda juga boleh menghubungi farmasi kami melalui aplikasi Whatsapp di talian 010-2721669 atau telefon Hotline EPharma kami di 03-84082006.