
Sulit
4 tahun
Badan Panas sangat tapi Tak demam
sy wanita 30an,Bila check suhu badan ok jea…tapi sy masalah hormon yg sgt rendah,sy Tak pernah datang period tapi bila ambil pil hormon datang period …

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk maklumat anda, terdapat beberapa perkara yang mungkin dapat menjelaskan keadaan anda tetapi maklumat lanjut adalah diperlukan kerana gejala yang anda berikan adalah tidak spesifik dan memerlukan pemeriksaan lebih lanjut oleh doktor. Secara amnya, masalah badan panas juga boleh disebabkan oleh:
- sindrom premenstrual
- kehamilan
- masalah hormon tiroid berlebihan
- menopaus
- cuaca panas
Kami sarankan anda untuk segera berjumpa dengan doktor kerana terdapat tanda merah (red flags) berdasarkan keterangan anda seperti:
- Sakit kepala
- Lemah badan
- Sesak nafas
Perkara ini perlu diberikan perhatian segera kerana ia mungkin berpunca daripada masalah yang lebih serius.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk sesi konsultasi secara peribadi bersama dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!