
Sulit
5 tahun
Badan panas sejuk di malam hari
Saya wanita berusia 33 tahun. Sejak 2 hari ini, badan saya rasa sejuk & panas di malam hari. Saya tidak batuk tetapi terasa ada kahak & nafas pendek. Suhu pada malam hari lingkungan 37.2 -37.5.Badan rasa seperti penat mengantuk di pagi hari. Tidak pasti sama ada kesan panadol atau bukan. Saya hanya mengambil Panadol pada pagi & malam selama 2 hari ini. Badan saya juga mudah berpeluh.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya terdapat banyak lagi makluman lain yang perlu saya ketahui sebelum kesimpulan dapat debirikan mengenai punca masalah yang anda hadapi.
Namun secara umunya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan bakteria / virus
Demam denggi
Allergic Rhinitis
Keradangan
Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan.
Semoga anda cepat sembuh dan terima kasih.