
akram.srmupm
5 tahun
Badan Panas serta tonsil bengkak
Saya berusia 30 tahun, dan saya mempunyai sejarah melancong ke Vietnam pada 10 hari yg lalu . Semalam badan sy panas dan tonsils sy bengkak. Saya tidak mengalami batuk atau pun selsema. Adakah sy perlu melakukan ujian Coronavirus?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Oleh kerana anda baru sahaja kembali dari negara Vietnam, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Anda perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Ada juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Anda digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Anda perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya anda didapati positif COVID-19, anda akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala tonsil bengkak dan demam boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
Jankitan pada tonsil
Keradangan tonsil
Kami memahami kesulitan yang sedang anda hadapi kini. Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) untuk bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Diharap jawapan saya dapat sedikit membantu anda. Terima kasih.