
Sulit
4 tahun
Badan Panas Suhu Normal 35.6
Salam doc. Ank sy lelaki 8tahun, autisme. Mempunyai sinusitis dan sdg makan ubat loratadine dan avamys. Utk makluman sudah 3 hari badan dia panas dan suhu sy cek di telinga adalah 34.5 - 35.6. Dia aktif seperti biasa, makan minum spt biasa cuma badannya panas berbahang. Kenapa ya doc, nak tya anak kot sakit dimana2, dia xtahu nak express rasa sakit.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang ditujukan.
Berdasarkan kenyataan anda di ruangan soalan, kami memahami kebimbangan anda terhadap anak anda. Terlebih dahulu kami ingin nyatakan suhu badan yang normal adalah antara 36.5 sehingga 37.5 darjah Celsius. Jika suhu badan kurang atau lebih daripada julat yang normal, bermakna anak anda demam atau mengalami ketidakstabilan suhu.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Kami memerlukan lebih banyak maklumat mengenai keadaan anak anda untuk mengetahui punca mengapa anak anda mengalami keadaan sedemikian.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Kami sarankan anda untuk membawa anak anda pergi berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut supaya punca dapat diketahui dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Jika anda mempunyai pertanyaan lain, anda boleh hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk konsultasi secara atas talian bersama dengan doktor kami. Terima kasih.