
Sulit
4 tahun
Badan panas tapi tak demam
Badan macam panas bila check suhu 37.4 . Sy rasa seperti panas di dalam dan sejuk diluar. Kepala seakan berdenyut sampai tahap jadi seram sejuk + mual + terlalu mengantuk…tekanan darah 122/66… Pertanyaan sy adalah :-
- Adakah sy demam atau sy ada sakit lain?
Untuk makluman doktor sy makan ubat gastrik dh 5 bulan.
2)adakah sy boleh makan ubat demam dari klinik?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, demam ialah apabila suhu badan melebihi 37.5 dan ke atas. Suhu anda belum lagi mencapat tahap demam yang objektif. Namun begitu, jika suhu anda mencapai suhu tersebut makan demam adalah sangat umum dan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Kebiasaannya deman boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu ke hospital. Ia berkemungkinan disebabkan jangkitan virus biasa. Demam akan kebah selepas makan ubat paracetamol, berehat dan minum air yang banyak. Namun begitu, sekiranya demam anda berlarutan atau semakin teruk, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Anda boleh mengambil ubat demam di klinik bersama dengan ubat gastrik anda.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.