
Sulit
5 tahun
Badan panas terasa panas tetapi tidak demam
Saya berumur 32 tahun…saya terasa badan saya panas tetapi bila check suhu badan saya normal…badan saya pun terasa lenguh dan lemah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda mungkin merasa panas disebabkan cuaca atau persekitaran yang panas.
Selain itu, terdapat banyak faktor yang menyebabkan masalah lenguh dan lemah ini seperti:
Tidak cukup rehat
Tidak makan
Gaya hidup yang tidak sihat
Masalah psiakitri
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya masalah ini sangat menganggu kualiti hidup anda.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.