
Sulit
4 tahun
Badan penuh angin dan dada tengah rasa panas
Sy kerap sendawa n badan apabila dtekan selali mengluarkan angin tanpa henti dan sering mbuatkan bhgn dadanrasa pans. Bagaimana utk sy mngatasi masalah ini. Adakah ianya akan memudaratkan diri sy. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Asid refluks (gastrik) - akibat pengambilan ubat Naproxen iaitu sejenis ubat kelas NSAID. Ubat ini memberi kesan peningkatan asid dalam perut yang menyebabkan gejala yang anda alami
- Masalah ulser perut - juga boleh berkait dengan ubat yang anda ambil
- Masalah kurang penghadaman - akibat masalah asid lebih, atau masalah hempedu/pankreas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Pada masa kini, anda boleh berhenti mengambil ubat ini dan menggantikan dengan ubat lain bagi masalah migrain anda. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.