Sulit
3 tahun
Badan rasa panas tp suhu 36.4, sakit tekak, kadang2 batuk
Badan rasa panas tp suhu 36.4, sakit tekak, kadang2 batuk, tekak rasa cepat kering kdg2 perit,lenguh belakang badan.
3 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, terdapat pelbagai masalah kepada gejala batuk seperti:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Asma
- Allergic Rhinitis
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Keradangan tonsil
Mengikut bacaan suhu badan anda, anda tidak mengalami demam kerana suhu badan yang normal adalah sekitar 36.5 ke 37.5 darjah selsius. Anda boleh meningkatkan jumlah air dalam badan dengan minum air dengan cukup serta mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti mengurangkan pengambilan makanan berminyak dan melakukan senaman.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.