
Sulit
4 tahun
Badan rasa sejuk tapi tidak demam
Saya berumur 26 tahun…sejak 2hri nie badan rasa sejuk lagi2 walaupun waktu tengah hari…kdg2 bahagian tulang belakang rasa sejuk…rasa sejuk mcm sejuk dalam…pakai baju sejuk pom tetap sejuk…sedikit rasa xselesa perut dan ada angin…saya selalu sedawa angin berjam2 tapi tidak pernah ada masalah sejuk 1badan…adakah ia berkaitan dan apa punca badan sejuk wlaupun tidak demam

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang rasa demam.
Untuk makluman anda, terlebih dahulu saya ingin nyatakan suhu badan yang normal adalah antara 36.5 sehingga 37.5 darjah Celsius. Jika suhu badan kurang atau lebih daripada julat yang normal, bermakna anda demam atau mengalami ketidakstabilan suhu.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun secara umunya, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
- Pneumonia (jangkitan paru-paru)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.