
Sulit
4 tahun
Badan saya panas tetapi tidak demam… Kdg sakit sendi kdg hilang.. Saya x batuk, tak selsema, tak sakit tekak
Saya rasa badan panas dah 2 hari… Tapi bila saya cek suhu, 36 kdg 37… Pagi ni saya ke klinik… Doc cek dan sahkan saya tak demam lgsg, dan tekanan sarah normal…
Doktor syorkan saya rehat… Memandangkan saya fronliner dan bekerja shift…
Utk makluman…
Saya mengalami kesukaran tidur malam… adakalanya saya tidur jam 4 pagi dan bangun seawal 7 pagi… Dan terus melakukan aktivit harian…
Saya peminum nescafe tegar…
Dan saya ada masalah gastrik/gerd/reflux
Adakah panas badan saya ini berkaitan dengan gaya hidup sya diatas? Atau mslh lain?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Untuk maklumat anda, masalah demam terjadi apabila badan bertindak balas terhadap patogen atau jangkitan pada badan. Suhu normal badan ialah antara 36.5 ke 37.5 darjah selsius dan diperiksa samada di dalam mulut, ketiak ataupun di dalam lubang dubur. Demam boleh disebabkan oleh:
Demam denggi
Demam malaria
Jangkitan leptospirosis
Jangkitan tifoid
Tuberkulosis
Tonsilitis
Allergic rhinitis
Pharyngitis (Jangkitan di tekak)
Jangkitan di telinga (otitis media)
Untuk maklumat anda juga, kandungan kafein dalam minuman akan menyukarkan individu untuk mudah tidur dan ia juga akan menyebabkan perut untuk merembes lebih asid dan menyebabkan gastritis. Oleh itu anda disarankan untuk mengurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.