
Sulit
3 tahun
Badan saya rasa lemah
Badan saya rasa lemah…tekak payau xpi demam batuk dan selsema tiada…telah buat rtk negetif

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui maklumat yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah badan yang lemah ataupun kelesuan dan tekak payau. Kami memahami kegusaran yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- kurang rehat atau tidur
- Gangguan stress dan emosi
- keletihan yang melampau ( extreme fatigue )
- kekurangan gula atau air dalam tubuh
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Anemia - kurang sel darah merah
- Jangkitan bakteria / virus
- Keradangan
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut .
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.