
Sulit
5 tahun
Badan sebelah kiri terasa dicucuk
Saya wanita 20an, saya 2 kondisi.
3 hari lepas di atas kepala saya belah kiri rasa tetiba sakit seperti nak naik bisul tapi tiada. Dan ianya menyebabkan bahagian atas kepala saya sakit apabila disentuh dan meneran. ianya berlanjutan selama 2 hari dan semalam ianya tidak lagi sikit kecuali disentuh atau dipicit. Pening hanya bila kepala tersebut sakit dan saya perasan di mata sebelah kiri seperti rasa tekanan yang very mild semasa sakit kepala tersebut ada. Adakah ini normal?
Badan sebelah saya seperti punggung, kaki, tangan dan muka rasa seperti dicucuk. Ianya tidak all the time tetapi ianya terjadi terutamanya di pagi dan malam. Kadang-kadang mengan belah kanan saya rasa tercucuk dan lenguh. Kadang dada saya juga akan sakit tetapi apabila angin keluar, dada saya rasa ok. Badan sebelah kanan saya tiada rasa sakit langsung. Tetapi leher di bahagian kiri terasa tegang sehingga ke harini. Saya pernah lakukan ujian ECG dan jantung saya dalam keadaan baik. Dan saya juga pernah pergi ke hospital untuk xray check tulang belakang, dan result menunjukkan ianya ok. Adakah saya ada sakit saraf tersepit di bahagian belah kiri saya doc? Adakah saya hadapi sakit yang kritikal?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Sakit kepala jenis tegang (Tension-type headaches)
Migrain
Sakit kepala berkelompok (Cluster headache)
Sakit kepala sinus(Sinus headache)
Sakit kepala jenis sekunder iaitu disebabkan masalah pada struktur otak seperti kanser biasanya adalah lebih teruk dan disertai oleh simptom lain seperti:
- Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
- Pandangan kabur
- Pitam
- Sawan
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
- badan mencucuk
- badan menjadi lemah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.