
Sulit
3 tahun
Badan sentiasa berasa letih Dan lemah
Saya wanita awal 30 an Saya selalu berasa lapar Dan sentiasa lemah,kadang 2 akan kejang bile sye terlalu stress…Ada Rasa kebas pada tangan Dan kaki sebelah kiri…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi membuat kesimpulan.
Akan tetapi, masalah kebas tangan dan kaki boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Aliran darah yang tidak mencukupi
Trauma
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.