
Sulit
3 tahun
Badan tak stabil Dan sakit kepala
Saya afiq umur 29tahun saya mengalami badan Rasa tidak stabil Dan pening kepala boleh docter bagi penjelasan kenapa saya jadi MCM ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda menerangkan bahawa anda mengalami masalah badan tidak stabil dan pening kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan badan tidak stabil dan pening kepala ini. Yang paling baisa berlaku adalah vertigo. Ini boleh disebabkan oleh masalah seperti jangkitan dalam telinga atau masalah vestibular di dalam telinga yang menjaga keseimbangan tubuh
Selain itu, kawasan lain yang mengawal keseimbangan badan adalah bahagian otak di belakang kepala iaitu serebrum. Oleh itu, masalah atau gangguan pada struktur ini juga boleh menyebabkan masalah ini.
Tulang dan saraf pada tubuh anda juga memainkan peranan dalam kesimbangan badan, masalah pada struktur yang menyokong tubuh juga boleh menyebabkan perkara ini berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda perlu merujuk kepada doktor untuk maklumat lanjut serta pemeriksaan. Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.