
muhamadaizad91
5 tahun
Badan terasa bisa-bisa dan kesejukan tanpa demam
saya mengalami badan bisa-bisa dan kesejukan hampir 4 hari, apabila masa waktu malam badan saya mengalami bisa dan terasa sejuk. badan terasa letih dan tidak bermaya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃. Apabila anda kesejukan, ini mungkin bermaksud suhu tubuh anda adalah kurang daripada paras normal. Sebetulnya sakit badan yang dirasakan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah hormon tiroid
- jangkitan virus
- dehidrasi
- ketidakseimbangan elektrolit
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.