
doraemon8564
5 tahun
Badan Terasa Panas apabila makan berroca
Saya nak tanya…kenapa bila saya makan berroca, badan saya terasa panas, bibir sya kering dan saya rasa dalaman saya panas.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan kafein dalam Berroca
- Alahan kepada bahan dalam suplemen tersebut
- Produk tercemar - hal ini boleh berlaku sekiranya produk dibeli di tempat selain farmasi yang sah
- Lebihan dos (overdose) - terutamanya jika mengambil lebih dari 1 tablet sehari
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.