
nurafizahalias
5 tahun
Badan terasa panas tetapi tidak demam
Salam sejahtera. Dr, sy ingin dapatkan kepastian. Badan terasa panas tetapi bila cek suhu badan menggunakan thermometer digital di bwh ketiak suhu dalam 35.9 - 36C sahaja. Adakah itu suhu normal?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk pengetahuan anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap jangkitan. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Antara punca demam ialah:
- Cuaca panas
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.