
hafizuddinamin44
5 tahun
Badan terasa seperti demam tapi bacaan suhu normal
saya lelaki brumur 27 tahun,sy sering terasa seperti demam padahal bacaan suhu sy adalah normal,sy terasa letih dan lesu…sy hanya trasa panas pd bahagian belakang dan tepi leher,dan pda lengan kdg2 shja…adakah masalah sy ini berkaitan dengan masalah urat saraf??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala badan panas dan bukannya demam boleh disebabkan oleh:
- Penyakit tiroid - hipertiroid
- Pheokromositoma - penyakit lebihan adrenalin
- Penyakit Cushing - disebabkan lebihan hormon steroid dalam badan
- Jangkitan tibi
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.