
Anonymous
5 tahun
Badan tidak selesa dan bagai2 perubahan segi kesihatan
Nama saya sonn 29 Saya mahu tanya beberapa soalan mengenai jangkitan hiv. Saya pernah lakukan sexual dengan wanita pekerja sex pada awal bulan 2 tahun 2018. Tetapi saya guna condom semasa prilaku itu. Dan mulut hanya setakat bercium sahaja. Dan sekarang saya dalam keadaan bermasalah kesihatan mula pada tengah bulan 7 tahun 2018 iaitu muka selalu rasa amat panas ,kulit alahan dengan cahaya matahari jadi merah2 gitu, badan gatal -gatal. Lidah tumbuh putih2 seakan bulu halus seperti saya tengok dalam Google adalah hairy leokoplakia hinggalah Sekarang masih tidak sembuh lagi. Sudah beberapa kali buat ujian darah tetapi masih negative. Lagi pada awal bulan6 tahun 2018 saya pernah terkena darah orangnya kelihatan kulit gelap dan muka pucat lesu seakan kaki pengisap sebab kemalangan jalan itu pada luka saya dan saya terjilat darah di luka tangan saya disebabkan saya ingat darah saya sendiri kat luka saya. Lepas hampir 30minit saya berkumul dengan air cola sebab rasa suatu keliruan. lepas lebih kurang 2minggu lebih saya demam selesema dan panas muka biasa2. Dan ia beredar selepas 3hari. Lepas itu saya ditahan kat hospital pada awal bulan7 2018 saya mengalami demam tinggi dan mengigil yang luar biasa serta berkeringat . Suspek leptospirosis tetapi negative. Saya di tahan 5hari dengan demam tanpa sebab. Selepas itu bermacam-macam perubahan pada kulit saya munculnya ruam yang tidak pernah berlaku. Panas muka tambah teruk, terkadang badan seperti tiada tenaga badan dan ketal2 saya juga kehilangan muscle, sesak nafas, sakit semua kelenjar2 sendi2 .Di sini saya ingin bertanya doktor adakah sy terjangkit penyakit ini dari prilaku sex atau sebab terkena darah orang yang tidak ketahui status nya… Harap doktor blh jawab bagi saya senang hati sebab saya laku sex ada pengaman. Jawaban doktor amat di hormati.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih