
Sulit
3 tahun
Bagaimana cara OPK mengesan hari subur sebenar
Hai doc, saya wanita umur 27tahun. Irregular period sekarang tengah cuba TTC guna test OPK. Last period 1-6may. Sy gunakn OPK untuk test hari subur, cuma result dia +ve 3x dlm tempoh 2bulan ni. Tempoh +ve tuu selang 2minggu so total 6hari . Melalui pembacaan sepatutnya hanya 1x untuk 1cycle. Kenapa yaa doc

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, anda ingin mengetahui tentang hasil ujian OPK yang telah anda laksanakan tempoh hari, dan tempoh waktu subur wanita dalam satu kitaran haid. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, waktu subur atau fertile window bagi seseorang wanita adalah beberapa hari sebelum, hingga 24 jam setelah ovulasi berlaku. Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke-14 bermula dari tarikh haid wanita yang terakhir (sekiranya kitaran haid anda adalah selama 28 hari).
Walau bagaimanapun, untuk menilai dengan lebih lanjut tentang kesihatan kesuburan anda, pemerhatian dari doktor boleh dilakukan terlebih dahulu. Tambahan lagi, dua garisan yang timbul pada ujian Ovulation Predictor Kit (OPK) tidak semestinya menandakan ovulasi atau hasil yang positif. Umumnya, kebarangkalian positif ovulasi (dalam masa 36 jam) adalah tinggi, sekiranya garisan test (T) lebih pekat dari garisan control ( C ).
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor kami secara langsung, agar bantuan lebih lanjut boleh diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.