
Sulit
4 tahun
Bagaimana kah Saya hendak tahu Saya adaelah positive hep b? Apakah kah number?
Bagaimana Saya hendak tahu Saya adaelah seorang positive hep? Dari segi macamane? Selepas Saya selesai ujian hep b… Lepas suntik Kan kedua, apakah Saya perlu laku Kan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sekiranya keputusan HBsAg (hepatitis B surface antigen) adalah ‘positive’ atau ‘reactive’ ianya menununjukkan bahawa anda dijangkiti virus hapatitis B. Atau sekiranya anda tidak pasti minta nasihat doktor mengenai keputusan hepatitis anda.
Saya beranggapan suntikan yang anda ambil adalah vaksin hepatitis B. Sekiranya anda mengambil suntikan ini, besar kemungkinan keputusan anda menunjukkan bahawa anda tidak terlindung atau tidak mempunyai antibodi yang mencukupi daripada virus hepatitis B. Ianya adalah langkah yang baik untuk mengambil vaksin sekali lagi bagi meningkatkan imuniti badan daripada virus tersebut. Selalunya, tidak ada langkah khas yang perlu anda ambil selepas mengambil vaksin kecuali, sekiranya anda demam, timbul ruam di seluruh badan, anda digalakkan untuk berjumpa doktor.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahuilebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.