
Sulit
4 tahun
Bagaimanakah cara untuk kurangkan kesan ubat prednisolone
saya berumur 28 tahun, saya adalah pesakit autoimun sedang makan ubat prednisolone 40mg dan azathioprine 100mg. sekarang ini saya mula mengalami masalah jerawat dibadan dan leher dan dahi , ia naik seperti ruam. saya sangat stress dengan keadaan ini , muka saya juga semakin bulat. Bagaimana cara untuk saya atasi masalah ini . apakah jenis ubat jerawat yang sesuai untuk jerawat disebabkan semua ini ya ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, ubat ini ialah sejenis ubat steroid untuk membendung keradangan atau penyakit anda. Kesan-kesan yang anda alami adalah antara kesan jangka panjang penggunaan ubat ini. Badan anda akan mengambil masa untuk adaptasi kepada perubahan ini dan anda dinasihatkan untuk mengikuti segala regimen perubatan yang diberikan oleh doktor anda serta mengikuti temu janji doktor agar tahap penyakit ini dapat dipantau.
Antara langkah yang boleh diambil untuk mengawal kesan sampingan ini adalah:
- Memperbaiki diet yang sihat dengan kalsium akan membantu memastikan tulang menjadi sihat
- Mengurangkan pengambilan garam dapat mencegah kesan sampingan yang berkaitan dengan pengekalan cecair.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.