
Sulit
4 tahun
Bahagian bawah perut sebelah kiri kulitnya
Saya vin bahagian bawah perut sebelah kiri kulitnya sakit teruk selama seminggu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahterah, terima kasih.
Jawapan ini adalah jawapan am yang diberikan.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kulit yang sakit pada bahagian perut sebelah kiri. Namun, kami memerlukan info lebih lanjut mengenai masalah anda kerana terdapat banyak sejarah kesihatan anda yang kami perlukan bagi memberi jawapan yang lebih tepat.
Untuk makluman anda, penyakit kulit yang selalunya mempengaruhi bahagian perut adalah:
- Alahan pada kulit (contact dermatitis) seperti terkena tumbuh-tumbuhan.
- Gigitan serangga
- Alahan pada produk kulit seperti krim losyen, minyak wangi, dan juga serbuk pencuci kain.
- Kulit yang kering
- Ekzema
- Masalah pengsarafan seperti (multiple sclerosis)
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda bagi mendapatkan siasatan visual mengenai masalah kulit anda dengan lebih tepat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.