
Sulit
3 tahun
Bahagian belakang telur di zakar kiri dalam kantung sakit dan rasa panas tidak bengkak
assalam dan salam sejatera, saya lelaki berusia 27 tidak berkahwin jarang beronani. sejak 4 hari ini bahagian belakang telur di zakar kiri dalam kantung sakit dan terasa panas tidak nampak apa ciri2 bengkak pada bahagian zakar dan sekelilingnya hanya sakit dan baru hari ini terasa panas. tetapi sebelum ini ada juga sakit telur kiri atau kanan tapi sehari sahaja selepas itu sudah tidak sakit. tapi kali ini sakitnya sudah 4 hari. perlukan nasihat Dr. terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
testicular torsion - buah zakar berbelit
epididymitis - keradangan tiub yang membawa sperma
orchitis - akibat jangkitan virus atau bakteria
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan segera sekiranya sakit anda masih berlanjutan atau semakin parah.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.